Monday 29 July 2019

apa itu FPV ?



FPV atau Feline panleukopenia ialah sejenis virus yang menyerang kucing sama ada kucing tu kucing liar atau peliharaan. Yang sedihnya kat sini, kucing yang terkena serangan ni berisiko untuk mati. Same case with my Luchar. Yang tiba-tiba jaundice dan sakit. Bila bawak pergi vet, doctor sahkan dia ada FPV dan hati dia dah rosak.

Question 1, macam mana doctor detect ?

Doktor akan ambil sampel darah kucing tu dan buat ujian darah. Sama jugak macam manusia.

FPV tak ada special medicine untuk dia tau dan virus ni mudah merebak pada kucing yang lain. Jadi tiada salahnya kita asingkan dan cuci kawasan kucing-kucing tersebut dengan kloroks kerana virus tersebut mampu bertahan selama 1 tahun. Hal ini untuk memastikan kawasan tersebut bebas virus tersebut dari menular.


Kadangkala kucing yang terkena virus ni tak menunjukkan sebarag symptom pon,tahu-tahu aje dah mati. Sedih kan? Jadi kena sentiasa check kucing kita dan bawak jumpa vet ikut skala. Pastikan kawasan kita pelihara kucing sentiasa bersih dan tidak tercemar. Terutamanya najis kucing tersebut sentiasa dibersihkan dengan betul. Kawasan yang tidak bersih boleh mengundang virus ni untuk merebak.

Virus ni akan serang sistem penghadaman, sistem pertahanan tubuh dan sel darah putih. Virus ini boleh berjangkit melalui air liur, air kencing, muntah, penafasan, airborne(udara) juga melalui kotoran.

Anak kucing yang berusia 3 bulan lebih berisiko terkena jangkitan virus ini kerana antibody sebab anak kucing ni dah putus susu dari ibunya. Dalam susu ibu kucing terkandung kolostrom yang tinggi antibody.

Question 2, vaksin ada mempengaruhi jangkitan FPV atau tidak?

Ya, ia mempengaruhi dimana kucing yang tidak mendapatkan suntikan vaksin sangat berisiko untuk dijangkiti virus ini. TETAPI, kucing yang tidak habis vaksin seperti yang ditetapkan juga akan terdedah pada jankitan virus FPV ini. Jadi, tolonglah pastikan kucing dapat suntikan vaksin yang mencukupi okay?

Question 3, apa symptom-simptom FPV ni?

1. muntah-muntah sama ada air atau buih sahaja

2. cirit-birit yang amat teruk seperti berbau busuk atau hanyir serta berdarah sedikit dan kekuningan

3. kucing akan hilang selera makan

4. kucing mengalami kemurungan, lemah dan tidak bermaya

5. kucing akan demam panas melampau

6. lembab dan basah sekitar bibir atau mulut

7. kucing akan sentiasa mencari sumber air dan sentiasa dahaga


Question 4, macam mana kalau FPV serang ibu kucing yang mengandung?

Of course anak dalam kandungan juga akan menerima kesannya. Tetapi kalau ibu kucing survive sehingga melahirkan anaknya, maka anak kucing tersebut akan mengelami kesan kerosakan pada sistem kawalan dalam otak


Cara rawatannya ialah dengan memberi immune booster kerana FPV tiada ubat yang khas. Segeralah ke vet kerana kucing yang mengalami serangan pada peringkat awal masih boleh dirawat. Kaedah force feed mesti dilakukan kerana kucing yang positif jangkitan sudah tidak mahu makan. Jadi bagi memastikan mereka mempunyai tenaga, kita mestilah menyuap makanan itu sendiri kepada mereka. Langkah yang paling terbaik ialah dengan memberikan mereka immune booster selepas mereka putus susu dari ibu.



 please ye pastikan korang check kucing korang sekerapnya. Kalau yang jenis kucing lepas luar masa siang hari dan malam berkurung, tolong vaksinkan juga. Ini untuk pastikan kucing kesayangan kita terlindung dari FPV. Kerap-keraplah bersihkan kawasan, sangkar dan perkakas kucing kita supaya tiada virus yang mereka dan tinggal. Nak bela kucing kena rajin tau ! 


#restinpeaceLuchar